NIGELLA PLUS RAMUAN TUMBUHAN BERMANFAAT MENGOBATI SEGALA MACAMPENYAKIT. AMIN. KANKER, ASMA, REMATIK, ASAM URAT DAN LAIN-LAIN. Nigella Plus Racikan tepat Habbatussauda + Hulbah + Ginseng sangat tepat untuk menyembuhkan segala macam penyakit. Amin. Pemesanan hubungi Bin Muhsin HP: 085227044550 / 021-91913103 HABBATUSSAUDA OBAT SEGALA MACAM PENYAKIT KECUALI KEMATIAN (HR. BUKHARI - MUSLIM) MADU OBAT YANG MENYEMBUHKAN BAGI MANUSIA (QS: AN-NAHL: 69)
===
TUMBUHAN DAN NILAI PENGUBATANYA
NAMA: KHOR SOOK HUNG (A71530)
1. Pengenalan
2. Isi Kandungan :
- Tanaman Ginseng
- Kunyit
- Bawang Putih
- Umbi Dewa
- Alpukat
- Rambut Jagung
- Wortel
- Pule Pandak
- Licorice
- Brokoli
- Semangeng Kaca
3. Kesimpulan
4. Bibliografi
Pengenalan
Penggunaan tumbuh-tumbuhan untuk tujuan pengubatan sudah dikenal luas di masyarakat kita sejak dulu lagi. Setiap pepohon berpotensi dan bermanfaat bagi kepentingan manusia. Masyarakat telah sekian lama memaksimumkan kegunaan tumbuh-tumbuhan yang dapat dicari di alam ini untuk tujuan pengubatan sehingga tumbuh-tumbuhan yang bersifat ubatan telah memainkan peranan yang penting dan memberi sumbangan besar dalam bidang perubatan.
Tanaman ginseng
Ginseng merupakan tumbuhan liar yang terdapat di pergunungan yang gelap di dataran Asia Timur, terutama Cina, Korea dan Jepang. Tanaman ini menghindari sinaran matahari. Pertumbuhan daunnya yang bersusun untuk mendapatkan sedikit sinaran sahaja. Makanannya terkonsentrasi penuh pada akarnya. Akarnya berbentuk seperti tubuh badan manusia. Kulitnya kuning tetapi bahagian dalamnya putih. Panjangnya bervariasi, dari beberapa sentimeter (pada tanaman berumur beberapa tahun), sampai
30 sentimeter (pada 10 tahun ke atas).
Kandungan kimia yang terkandung dalam ginseng adalah saponin dan glikosida. Glikosida pada akar ginseng disebut ginsenosida, yang terdiri daripada berbagai tipe steroid glikosida. Selain itu, akar ginseng juga mengandungi minyak asiri, panasena, resin, musilago, asam panaxs, fitostecol, hormon dan vitamin B. Di Cina dan Korea,
masyarakat minum ginseng untuk menjaga kesihatan, mencegah dan menyembuhkan penyakit, malah mereka mempunyai kebiasaan meminun teh ginseng secara teratur setiap hari.
Di antara khasiat ginseng adalah menguatkan tubuh dan menyimpan tenaga, merangsang pembentukan darah dan memperbaiki sistem pengedaran darah, menguatkan fungsi tunjang dan menghilangkan ketekanan, menyembuhkan diabetes, menguatkan fungsi limpa, mencegah masuknya penyakit melalui organ pernafasan, menggiatkan sistem pencernaan dan membantu menjalankan fungsinya dengan baik. Ginseng juga merupakan penawar racun dan meningkatkan ketahanan melawan penyakit. Di Indonesia, ginseng terkenal sebagai ubat kuat penambah nafsu seks, menurut seorang warga negara Korea yang tinggal di Jakarta, khasiat ginseng sebagai ubat kuat tidak terbukti, hanya perasaan orang sahaja.
Kunyit
Kunyit yang mengandungi 3% lemak, 30% karbohidrat, 8% protein, vitamin C dan garam-garam mineral seperti besi dan kalsium. Zat inilah yang menjadikan kunyit begitu bermanfaat bagi tubuh badan manusia.
Kunyit atau Curcuma domestica selalu digunakan di dapur sebagai penyedap makanan atau pewarna. Selain digunakan di dapur, kunyit juga telah dipakai secara
turun-temurun sebagai ubat tradisional. Kunyit selalu dijadikan dalam bentuk tepung, pasta, minyak, ubat hirup(inhaler) atau hanya direbus begitu sahaja. Memang peyembuhan relatif lambat, tetapi kemampuan kunyit sebagai antibakteria, stimulan (merangsang aktiviti saraf untuk sementara waktu), tonik (memulihkan semangat tubuh atau organ tertentu dan astringent (bahan penyebab kontraksi jaringan) menampakkan keperkesanannya.
Sebagai ubat luar, kunyit dicampurkan dengan minyak kelapa dipakai sebagai ubat luka. Pada penyakit cacar dan cacar air, satu lapisan serbuk kunyit akan memudahkan proses pengeringan luka. Kunyit juga sering dipakai sebagai ubat otorrhoea (penyakit telinga bernanah). Kunyit juga digunakan untuk merawat inhaler, penyembuh radang selaput hidung yang menyebabkan penyumbatan hidung atau beberapa gejala flu yang lain.
Air rebusan kunyit diketahui sebagai ubat cirit-birit dan penambah selera makan. Untuk penyakit bronchitis dan batuk, air rebusan kunyit, jahe dan gula merah dapat mengubatinya sekira diminum secara teratur. Pusat Penelitian Makanan di Amerika Syarikat menemui bahawa campuran kunyit dan kayumanis ternyata berpeluang mengubati penyakit diabetes. Ramuan tersebut dapat melipatgandakan kebolehan kerja insulin untuk menguraikan glukosa. Daripada beberapa ujian farmakologi , zat kurkumin sebagai pemberi warna kuning pada tanaman ini yang berperanan sebagai antibakteria dan antiinflamasi dalam proses penyembuhan luka.
Bawang putih
Bawang putih atau nama sainsnya allium sativum sudah amat terkenal di dapur rumahtangga dan tanaman ini bukan sahaja berguna untuk menyedapkan makanan sahaja bahkan kini telah menjadi tumpuan harapan para penderita kancer prostat. Zat disulfida yang terkandung dalam bawang putih sudah terkenal sebagai antibiotik iaitu melambatkan pembiakan bakteria dan melambatkan pertumbuhan tumor. Pencegahan pembesaran tumor pada dasarnya sudah mencegah pertumbuhan bakal sel kancer. Jabatan epidemiologi di Cina dan Itali melaporkan pengekstrakan bawang putih dapat mengurangi risiko terkena kancer. Pengestrakan bawang putih, S-Allycysteine (SAC) dan S-Allyl Mercaptocysteine (SAMC) mengurangi pertumbuhan sel-sel- kancer yang sedang dalam proses mengganas. Sel tetangga ini disebut LNCaP. Selain itu, bawang putih juga boleh menurunkan kadar lemak plasma, melambatkan kerja enzim pembentukan kolesterol, mencegah aterosklerosis dan penyakit jantung.
Umbi dewa
Gynura procumbens yang lazim disebut sebagai umbi dewa ternyata mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan kita. Tanaman ini tumbuh tegak hingga 50 sentimeter. Daunnya berbentuk bulat telur sampai bulat memanjang dengan ujung lancip. Di India, Thailand dan Cina, umbi dewa sudah lama digunakan sebagai tanaman ubat. Dalam buku bertajuk Health of India, umbi dewa digunakan di dataran Indo Cina sebagai pelembap pada luka terbakar dan tumor payudara. Daun, batang dan umbi dewa yang sudah tua dapat dikeringkan untuk menjadi bahan jamu. Untuk pengubatan dari dalam, 2-3 helai daun umbi dewa dilumatkan seperti bubur, dicampur dengan setengah gelas air matamg, kemudian disaring, diminum 3 kali sehari sampai sembuh. Penderita amandel, diabetas dan gangguan haid dapat menggunakan umbi dewa sebagai alternatif penyembuhan. Umbi dewa juga mampu menghentikan pendarahan, memperbaiki peredaran darah dan menurunkan kepanasan. Zat lain yang terdapat dalam umbi dewa ialah flavonoid, zat ini dapat mencegah pengumpulan darah dan menghentikan pengumpulan darah (trombolisis) pada pembengkakan akibat kelukaan. Airnya juga boleh dipakai sebagai ubat yang diminum untuk sakit kerongkong. Selain itu, umbi dewa juga boleh digunakan untuk merawat kecantikan muka, daunnya ditampal pada muka dan boleh mengubati jerawat.
Alpukat
Di antara bahagian-bahagian alpukat, hanya daging buahnya yang paling banyak digunakan. Enak dimakan dan berkhasiat tinggi. Kandungan setiap 100 gram adalah seperti berikut: 192-208 kalori, protein 2 gram, lemak 20 gram, karbohidrat 1.5 gram, vitamin B 20 IU dan vitamin C 15 mgr. Kulit luarnya yang berasa pahit digunakan sebagai ubat cacing, sementara bijinya digunakan untuk menghentikan cirit-birit. Daunnya juga boleh mengatasi perut kembung. Kandungan kimia daunnya dipercayai mampu meredakan batuk dan gangguan pada hati. Daging buahnya bukan hanya menyejukan dan menghaluskan kulit muka tetapi juga diketahui sebagai afrodisiak. Dalam bentuk bubur, daging buah biasa digunakan untuk membantu penyembuhan luka bernanah. Aplikasi bubur buah untuk membantu menyembuhkan luka cukup mudah, tampalkan sahaja sedikit bubur ke luka, 3 kali sehari dan akan nampak kesannya. Dari segi kecantikan, kaum wanita sering menggunakan daging buah alpukat sebagai mask untuk mempercantikan kulit wajahnya. Di Guatemala, Amerika Tengah, masyarakat asli di sana menggunakan buah ini untuk merangsangkan pertumbuhan rambut yang lebat.
Rambut jagung
Penggunaan rambut jagung untuk mengatasi hipertensi atau dikenali sebagai tekanan darah tinggi sudah dikenal luas di kalangan masyarakat sejak dari dulu lagi. Dr. Donton Sajuthi dengan Pengajar Jurusan Kimia Pusat Penelitian Primata (IPB) –Bagor, Indonesia telah melakukan uijian terhadap analisis pengekstrakan rambut jagung dengan kromatografi kolam dan lapis tipis dan membuktikan rambut jagung memiliki prospek
cerah sebagai ubat hipertensi. Rambut jagung yang mengandungi flavonoid jenis ginkgetin merupakan faktor penurunan tekanan darah. Tanaman ini digunakan sebagai ubat hipertensi dalam bentuk air rebusan. Penderita hipertensi digalakkan meminum air rebusan ini selama dua bulan dan tekanan darahnya akan turun sekitar 30mmHg.
Wortel
Wortel mengandungi sejenis beta-karoten yang mampu mencegah kegiatan bensopiren iaitu penyebab kancer paru-paru. Walaupun beta-karoten juga terdapat dalam sayuran merah, tomato, salada dan lain-lain lagi. Namun yang biasa dijadikan sebagai sumber zat hanya wortel dan tomato sahaja. Beta-karoten juga dikenali sebagai provitamin A yang mencegah penyakit mata rabun senja atau buta ayam iaitu pandangan kabur pada waktu senja.
Pule pandak
Pule pandak (Rauwolfia serpentina) dikenali dengan akar tikus kerana akarnya yang lurus, jarang bercabang dan semakin mengecil macam ekor tikus. Ada juga yang menyebutnya sebagai snake-root atau arbre aux serpents kerana bentuk akarnya juga nampak macam ular. Tanaman anggota famili Apocynaceae ini terdapat di India, Myanmar, Thailand dan Indonesia (terutama di Jawa). Pule pandak tumbuh di dataran rendah sampai ketinggian 1,000m dpl. Sosok tanaman kecil, ketinggiannya 15-40sentimeter. Bahagian tanaman yang digunakan untuk ubat adalah rimpangnya. Rimpangnya tumbuh lurus ke bawah, bentuknya berliku-liku seperti ular. Bila terbakar akan tumbuh kembali tunas-tunas baru dan akan menghasilkan rimpang yang lebih besar.
Pule pandak digunakan sebagai ubat penawar gigitan ular berbisa (antidote), laba-laba, sengatan serangga dan ubat penenang (sedative).
Rimpang pule pandak dipotong kecil-kecilan dan dikunyah dengan pinang dapat menyembuhkan sesak nafas, panas dan nyeri dalam perut. Parutan rimpang yang dicampur dengan air dapat menyembuhkan deman dan muntah-muntahan. Apabila dicampur dengan brendi dan dibalut atau disapu di sekitar perut dapat menyembuhkan cirit-birit, dan juga menyembuhkan luka bakar. Sakit kepala pula dapat disembuhkan apabila kepala dibasuh dengan larutan rimpang pule pandak. Getah susu yang keluar dari batangnya boleh menyembuhkan bercak putih pada kornea mata. Penyakit-penyakit yang lain seperti borok dan koreng dapat disembuhkan dengan daun dan bunganya. Selain daripada itu, rimpangnya juga dapat menyembuhkan kolera, perut mulas, nyeri rahim, kehilangan selera makan, cacingan, radang usus, kesukaran bersalin, radang jantung dan gangguan jiwa.
Alkolid yohimbine berkhasiat mengubati gangguan sarat dan aphrodisiac iaitu lemah impoten. Reserpine merupakan unsur penting dalam pule pandak, ia digunakan sebagai ubat hipertensi. Ajmaline yang khasiatnya sama dengan quinidine dapat digunakan untuk pengubatan cardiac arrhythmias, menormalkan irama denyut jantung. Alkolid lain yang terdapat dalam pule pandak adalah phytosterol, asam-asam lemak, alkohol tidak jenuh dan berbagai jenis gula. Pengekstrakan pule pandak oleh para psikiater digunakan untuk mengubati rasa cemas, gelisah, gugup, termasuk penyakit mental supaya pesakit lebih tenang (tranquillizer).
Licorice
Akar licorice mengandungi triterpenoid yang biasa mencegah pembiakan sel kancer dan mengawal sel kancer supaya tidak cenderung membiak dengan berleluasa. Licorice atau glycyrrhiza glabra dari keluarga Leguminosae tumbuh asli di Eropah Selatan, sekitar Laut Tengah Mediterranea. Tanamannya berupa herba menahun, yang biasanya tumbuh sampai 70-79 sentimeter. Satu-satunya negara yang menanam licorice secara besar-besaran ialah Sepanyol. Dari sana, akar licorice itu dieksport ke negara-negara industri untuk dimasukkan asam glisirisanya ke dalam sirup sebagai campuran air minuman ringan.
Brokoli
Brokoli yang mengandungi zat indol (senyawaan bensopirol) boleh mencegah peningkatan pembentukan hormon estrogen yang dihasilkan oleh indung telur. Hormon ini kalau terlalu tinggi kadarnya akan merangsang pembiakan sel kancer yang bertapak di rahim dan payudara. Dengan adanya indol brokoli, kadar hormon ini tidak akan terlalu tinggi. Bagi mereka yang selalu memakannya, kegiatan pembentukan sel kancer akan menjadi berkurang. Brokoli ini mengandungi klorofil yang tinggi sampai bunganya pun menjadi hijau.
Semangeng kaca
Penyakit kusta atau lepra memerlukan waktu yang lama untuk penyembuhannya. Walaupun sudah ada ubat-ubat barat yang boleh merawat penyakit ini, namun ubat tradisional semangeng kaca juga dibuktikan memainkan peranan penting dalam merawat penyakit ini. Tumbuhan ini berbentuk tegak dan mencapai tinggi 4 meter. Daunnya silang berhadapan, berbentuk bulat telur, panjangnya 5-7 sentimeter dan lebarnya 3-4 sentimeter. Berbunga di bawah ketiak daun, berbentuk mangkok dan berwarna putih. Buahnya berwarna hijau sewaktu muda dan berubah menjadi hitam setelah tua. Semangeng kaca ini mengandungi zat-zat seperti saponin, flavonoida, polifenol, tanin dan antraquion. Daun semangeng kaca dicuci dan dikeringkan, kemudian dijadikan serbuk dan dicampurkan dengan serbuk kunyit yang halus dan madu dan campuran tersebut diminum tiga kali sehari dengan air panas.
Kesimpulan
Memandangkan tumbuh-tumbuhan mendatangkan begitu banyak faedah kepada kita terutama dalam bidang perubatan. Kita harus menjagai dan menghargai alam yang penuh dengan flora dan fauna supaya kita boleh menikmati kebaikannya untuk selama-lamanya.
BIBLIOGRAFI
Muhamed bin Zakaria, Mustafa bin Ali Mohd (Coauthr). Tumbuhan Dan Perubatan
Tradisional. Penerbit Fajar Bakti, Petaling Jaya, 1992.
TRUSUS (Majalah Pertanian), Yayasan Sosial Tahi Membangun. 1994-1998
Mustafa bin Ali Mohd. Tumbuhan Ubatan. Institut Penyelidikan Perhutan Malaysia
Kepong,1994.
SUMBER:
http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/a71530.htm
Nigella Plus Racikan tepat Habbatussauda + Hulbah + Ginseng sangat tepat untuk menyembuhkan segala macam penyakit. Amin. Pemesanan hubungi Bin Muhsin HP: 085227044550 / 021-91913103 HABBATUSSAUDA OBAT SEGALA MACAM PENYAKIT KECUALI KEMATIAN (HR. BUKHARI - MUSLIM) MADU OBAT YANG MENYEMBUHKAN BAGI MANUSIA (QS: AN-NAHL: 69)